i love my life
Thursday 8 September 2011 @ 23:50 | 4 lover[s] ♥

Keruntuhan Akhlak Remaja Melayu Beragama Islam.
Pagi tadi saya ke kedai gambar untuk mencetak gambar-gambar yang diambil melalui kamera digital saya.
Saya adalah pelanggan berkala di kedai berkenaan dan mengenali pemiliknya iaitu seorang berbangsa Cina. Dia fasih berbahasa Melayu.
Dalam perbualan biasa kami, timbul satu isu yang pernah ditimbulkan kepada saya sedikit masa dulu apabila saya mengunjungi kedai tersebut.
Kali ini saya pergi dengan isteri saya. Sebelum menimbulkan isu tersebut dia telah bertanya kepada saya sama ada yang datang ke kedai dengan saya tempoh hari itu adakah anak saya.
Saya maklumkan kepada dia bahawa itu anak lelaki bongsu saya. Lalu dia berkata bahawa anak saya pandai berbudi bahasa. Maka di situlah bermulanya dia menimbulkan isu di atas.
Sepertimana yang pernah diceritakan kepada saya terdahulu daripada ini bahawa dia berasa sangat sedih meliha apa yang berlaku di Taman Tasik Titiwangsa(TTT) pada setiap pagi terutama di hujung minggu.
Adalah amalan pemilik kedai ini pergi ke TTT setiap pagi sebelum (jam 4:00 atau 4:30 pagi) subuh untuk berjoging. Apa yang dilihatnya adalah ramai pasangan remaja Melayu duduk melepak di sana malakukan perkara maksiat kecil hingga ke maksiat besar.
Kali pertama dia mengunjungi TTT dia tidak percaya perkara ini boleh berlaku tetapi buat kali ke dua dan ketiga barulah dia sedar bahawa perlakuan maksiat ini rupa-rupanya berlaku setiap malam hingga ke pagi. Maka sekarang tidak menjadi perkara yang menghairankan baginya lagi. Dia menekankan bahawa yang melakukannya bukan bangsa Cina dan bukan bangsa India tetapi sudah jelas remaja-remajanya adalah bangsa Melayu.
Saya bagaikan tidak mahu percaya dan meminta dia mengulangi kembali penekanan beliau. Lalu dia berkata “Kalau abang tidak percaya mari ikut saya bila-bila abang ada kelapangan”.
Dia meneruskan ceritanya dengan menyatakan apa jenis maksiat-maksiat ( tak perlu diceritakan di sini) yang dilakukan oleh remaja Melayu di sana. Ada beberapa ketika bahawa remaja-remaja yang melakukan maksiat tersebut tidak lagi mengindahkan orang yang lalu lalang berjoging si situ kerana merasakan bahawa mereka tidak akan diganggu dalam mencari kenikmatan dunia.
Saya merasa agak malu dengan pemilik kedai ini apa bila dia menekankan bahawa yang melakukan perkara maksiat ini adalah anak-anak Melayu yang beragama Islam.
Persoalan? Benarkah pengakuan pemilik kedai gambar ini? Pernahkah sesiapa yang pergi ke sana se awal itu untuk bersenam dan berjoging melihat apa yang dikisahkan oleh pemilik kedai gambar ini?
Jika ianya benar maka saya tidak terkejut kerana cerita-cerita sebegini pernah di ceritakan berlaku pada malam-malam yang diadakan acara konsert, hari kemerdekaan dan sambutan berbagai acara yang mengundang kunjungan orang ramai.
Persoalan? Apakah perkara kemaksiatan selama ini tidak diketahui oleh pihak berwajib dan pihak berkuasa? Bagaimana dengan agensi kerajaan seperti JAWI dan JAKIM? Tidak adakah unit pencegah maksiat bagi maksiat yang dilakukan secara terbuka dan berleluasa ini?
Perlakuan maksiat terbuka ini adalah jauh lebih jijik dan hina daripada maksiat yang dilakukan secara tersembunyi? Ianya menjatuhkan imej orang Melayu dan Islam. Di mana letaknya Islam Hadari yang ditaja oleh kerajaan di seluruh negara melalui media cetak dan elektronik? Sudahkah ianya memberi kesan yang diharapkan?
Kita sudah lihat betapa banyaknya kesan buruk natijah daripada perlakuan maksiat sebegini seperti buang anak, bohsia dan sebagainya. Bila lagi pihak berkuasa hendak ambil tindakan yang sewajarnya?

Older Post | Newer Post


copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory



Assalamualaikum ! Speaking here is Nabila . Do follow and leave your footprint on my tagboard. Be nice there =)



Add me at Facebook