i love my life
. tRahsia Kebahagiaan . .
Thursday 29 December 2011 @ 19:46 | 0 lover[s] ♥


"Dalam kehidupan ini, orang yang paling bahagia ialah, orang yang tahu tujuan sebenar sebuah kehidupan"



Apabila seseorang mengetahui, bahawasanya hidup ini suatu perjalanan, pasti dia perlu mengetahui juga, apakah tujuan sebuah perjalanan ini? Jika tidak, dia ibarat seorang musafir yang tersesat di tengah-tengah gurun sahara, yang tidak tahu ke mana ingin dituju.



Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, seseorang lahir ke dunia, tidak pernah atas kehendak dan pilihannya sendiri. Dia tidak wujud di dunia ini, atas keinginannya untuk hidup. Suatu hari nanti juga, dia tidak pernah mati atas pilihannya sendiri, tetapi ajal yang menjemputnya pergi.



Jadi, sudah pasti, orang yang berakal, mampu memahami di sebalik hakikat ini, bahawasanya, ada Sang Maha Pencipta, yang sebenarnya mengatur kehidupannya. DIALAH yang menciptakannya, dan seluruh alam ini. Apa yang pasti, DIALAH juga yang menganugerahkan kepadanya sebuah kehidupan, yang penuh dengan nilai yang diletakkan olehNya.



DIALAH ALLAH (هو الله)



DIALAH ALLAH… Dialah Tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Dialah yang menciptakan manusia dan kehidupan mereka, demi sebuah nilai yang agung. Dialah Allah s.w.t., di sebalik apa yang kamu perhatikan daripada seluruh alam ini.


Allah s.w.t. berfirman mengenai hal ini:



Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, Kemudian Dialah mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah mengalirkan (pula) bagimu sungai-sungai. [32.] Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan Dia juga telah menundukkan bagimu malam dan siang. [33.] Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). [34] (Surah Ibrahim: 32-34)



Ayat ini mengajak manusia merenung sejenak, suatu hakikat di sebalik sebuah perjalanan kehidupan manusia, dan di sebalik keindahan alam yang menjadi medan perjalanan kehidupan mereka. Ayat ini menyeru ke arah kefahaman yang sebenar tentang hakikat diri manusia dan seluruh alam di sekeliling manusia ini.



Hakikatnya, di sebalik seluruh alam ini, wujud Allah s.w.t., Tuhan yang menciptakan segala sesuatu dan mentadbirkan seluruh alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa, yang mana, seluruh kewujudan alam ini, merupakan antara bukti kewujudan dan keagunganNya.



Alam yang penuh keindahan, serta sistem cakerawala yang sungguh tertib dan tersusun, menjadi petunjuk kepada kewujudan dan keagungan Allah s.w.t., Tuhan yang menciptakan sekalian alam, termasuklah manusia. Namun, hanya orang-orang yang berakal sahaja, yang mampu merenungkan bahawasanya, seluruh alam ini, merupakan bukti kewujudan dan keagungan Allah s.w.t..



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:



Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Surah Al-Baqarah: 164)



Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa, dalam seluruh kejadian alam ini, ada petanda yang menunjukkan akan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t., bagi orang-orang yang mahu memikirkannya dan merenungkannya.



Adapun orang-orang yang leka dengan kepalsuan duniawi, dan sibuk bertuhankan hawa nafsu sendiri, pasti tidak mahu mengerti dan merenungi bahawasanya, di sebalik kejadian alam ini, wujudnya Allah s.w.t. yang merupakan Tuhan yang Menciptakan segala-galanya termasuklah diri mereka sendiri.



Golongan yang cuba mengingkari hakikat bahawasanya di sebalik kewujudan diri mereka, dan di sebalik kewujudan seluruh alam ini, ada Tuhan yang Maha Pencipta, iaitu Allah s.w.t., mereka sebenarnya cuba melawan fitrah diri mereka sendiri yang sememangnya mengakui wujudnya Allah s.w.t.

 

Cinta :)
Monday 26 December 2011 @ 08:12 | 0 lover[s] ♥

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. (Mahatma Ghandi...). Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat (Hamka...). Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.  Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji (Hamka...). Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya...Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya...Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie....).

Hati Terluka weyhh !
Sunday 18 December 2011 @ 22:24 | 0 lover[s] ♥



Duduk terdiam dan termangu yang kulakukan
Hanya linangan air mata yang kurasakan
Hati terasa tersayat belati cinta
Begitu perit dan menyakitkan...

Kenapa baru sekarang aku rasakan?
Setelah hatiku rasa kebahagian
Begitu senang dan ingin terbang rasanya
Hingga aku lupa siapa aku sebenarnya!!!


Mencintai dengan sepenuh hatiku
Seluruh jiwa dan ragaku,telah ku serahkn untukmu
Hanya tinggal rasa dan kulitku saja yang tersisa
Begitu besar cintaku padamu

diselembar kertas kita telah mengukir mimpi
Begitu indah mimpi itu bagiku
Sehingga begitu sulit untuk aku lupakan.

Kau menanam benih-benih cinta di hatiku
Mereka semua,tumbuh subur tanah perasaanku
Namun semua telah layu
Karena hanya hujan air mata yang selalu menyiraminya

Wang Palsu
Sunday 4 December 2011 @ 23:15 | 0 lover[s] ♥

Assalamualaikum . .  
Harini aku nak kongsi ngn korang tentang ak menerima wang palsu . . 
Mule2 cmneyh ak keje CASHIER JUSCO AYER KEROH . .  Kejadian 2 terjadi masa ari sabtu dalam lingkungan pukul 8 PM - 9 PM . .  Time 2 mmg custmer tengah ramai gila . .  Sampaikan ak x cukup tangan . .  n x dak sape2 pown yang sudi nak membantu ak . .  MOOD : erm sedeyh kowt . . . hehehe . . .
Masa tengah sibok2 tuh memang ak x perasan dan x sedar langsung yang ak dah terima WANG PALSU weyh . .  siyes !! x tipu . .

Macam mana ak boleh perasan ak terima WANG PALSU ??
Masa tengah TRC JUSCO kira duit . .  Akak 2 tengah kira2 tetiba jer dye behenti . .  n ak pown terperanjat larh !! ak tanya larh nape ek kak ??? Dik ! neyh duit palsu neyh . .  Aduh ! Ak da risau giler weyh . . Terus meleleh air mata ak neyh . . 

Korang nak taw mcm mana rupa WANG PALSU yang ak terima 2 ???
Hah neyh larh dye . . 

 Ciri2 dye kan : 
* Kertas dye lebih kasar . . 
*Warna Pudar apabila disentuh dengan kain basah . . 
*No siri sama . . 
* Warna kilat 2 boleh di koyakkan . .

 

hehehe . .  Apalagi teros famous ak weyh kat jusco 2 . .  hahaha
Biasala mulut org mana larh kita boleh kita nak tutup kan . .  
Macam2 cerita ak  dengar dyeorg ngumpat ak . . Dyeorg kata ak neyh BODOH larh MASUK AIR larh LEMBAM n mcm2 lagi . .  Tapi pape pown ak x kisah . .  Sebab ptg semalam ak dah wat laporan polis  . . Polis kata dyeorg x boleh nak salahkan ak . .  kerana 90% duit itu tulin . .  Memang sangat menyerupai . . 

Ak x kisah apa dyeorg nak kata ak yang penting hanya ak dan ALLAH sahaja maha mengetahui apa yang dah terjadi . .  depends pada dyeorg larhh nak kata apa pown . .  Ak x leyh nak halang kan . . . Biasa larh . .  MULUT ORG MANA BOLEH TUTUP . . Ak redha dengan apa yang dah terjadi . .  mungkin ade HIKMAH disebalik apa yang terjadi . .  Mungkin x de rezeki ak kat duit 2  . . Mungkin kat tempat lain kan :)
~weeeee

Hanya ni je yang ak nak kongsi kat korang . .  Hope korang pown berhati2 larh k . .  ~daaa







Older Post | Newer Post


copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory



Assalamualaikum ! Speaking here is Nabila . Do follow and leave your footprint on my tagboard. Be nice there =)



Add me at Facebook