i love my life
~HARGAI IBU BAPA selagi mereka masih ada~
Friday 27 January 2012 @ 04:28 | 4 lover[s] ♥

 
  mari sini aku nak dengarkan korang satu cerita. pasal budak kampung aku nak cakap kenal sangat tu taklah tapi kenallah jugak *pahamketakniwoi*

kawan aku ni anak lelaki tunggal dalam keluarga. sangat bijak dan manja dengan family lebih2 lagi dengan emaknya. nak kereta ayah belikan nak duit ayah sponsorkan. die jenis suke lepak kat ghumah jarang lepak dengan kawan2 memang good boylah orang kata. pada suatu hari die dapat sambung study kat UK. 3 bulan pertama still contact mak ayahnya maklumlah masih rindukan suasana *home sweet home* cheaaa nak dekat setahun dah jarang contact family maybe bizi study lagipun kos sara hidup kat sana kan tinggi kenalah berjimat cermat kot. tu sangkaan familynya jelah. padahal si anak dah enjoy dengan suasana negara omputeh yg penting dah pandai bermakwe-makwe dah sekarang sampai lupa asal-usul huh. family dah makin susah nak contact die nombor telefon kerap bertukar ym facebook semua dah macam eh hidup ke tak lagi akaun ni?

setahun selepas tu EMAKNYA SAKIT benda ni tak tahu nak dikhabarkan melalui ape sampailah emaknya meninggal dunia T____T masih tak tahu nak contact camane. hurm. si ayah dah mula anggap anaknya tu anak derhaka. sebulan lepas tu kawan aku ni call family dia maybe terdetik nak tanye khabar kot. bila ayahnya bagitahu *EMAK DAH TAKDE* terus dia baling telefon tak percaya. sedih kan. akibat dari itu kawan aku ni BERHENTI STUDY sampai sekarang kalau ingat je pasal benda ni dia akan menangis macam orang gila. dan yg paling kesian dia hampir TAK WARAS sekarang suka cakap sorang2. Ya Allah kau ampunilah segala salah silap beliau =(

TRAGIS KAN? tak dapat mintak ampun dari emak tak sempat kucup dahi emak disaat2 terakhir beliau ada kat dunia ni. aku berharap sangat readers belog ni ambil ikhtibar ape yg berlaku ke atas kawan aku tu janganlah korang berperangai camni. ibarat dah takde guna nak menyesal. kalau korang tinggal berjauhan dengan family selalulah contact diorang lebih2 lagi yg ada pakwe-makwe tu kan. ramai yg lupakan ibu bapa akibat dari kekasih. ini fakta.BERAPA KALI KITA CALL IBU BAPA KITA BERBANDING KITA CALL KEKASIH? BERAPA KALI KITA UCAP SAYANG PADA IBU BAPA BERBANDING KEKASIH? so selalulah ingat dan mohon maaf dari diorang sebab kita tak tahu bila mereka akan meninggalkan kita kan?

ingatlah setitik air mata ibu bapa, selangkah kaki kita ke neraka.
 
 
 

Panduan Mengisi Borang UPU
Tuesday 10 January 2012 @ 20:02 | 0 lover[s] ♥

 
ok ramai yang pening tanya pasal cane nak isi borang UPU

so skarang ni aku bg panduan sikit cane nak isi..
first bukak laman web ni..
klik je
then korang akan jumpe ni..
klik yang warna biru..
pastu akan kluar camni..
pilih Lepasan SPM/Setaraf
klik 'Masuk'
pastu kluar camni kat bahagian atas page..
klik 'Permohonan'
ok pastu akan kluar camni
jangan pening lagi..
isi je ape yang die nak..
pilih KATEGORI A tau!
dah siap..
klik 'Seterusnya'
anda akan jumpa..


jangan panik!
isi je yang diminta
yang bertanda (*) adalah wajib untuk diisi..
dan setiap bahagian..
setelah selesai isi jangan lupe untuk klik 'Simpan'
last skali setelah anda klik 'Simpan' yang terakhir..
akan keluar arahan camni..
dan juga..
ok sekiranya tiada pembetulan maklumat..
scroll ke bawah then anda akan jumpa..
tandakan pada bahagian pengakuan..
then klik 'Sah & Hantar'
maka akan keluarlah Slip Pengesahan
TAMAT
anda telah berjaya mengisi borang UPU untuk Fasa 2!!

-SEMOGA MEMBANTU-

 


Rahsia Kejayaan
@ 01:36 | 0 lover[s] ♥

 
 
Dalam kita berusaha utk keluar dpd masalah kewangan kita, kita perlu juga tahu rahsia kepada kejayaan. Harap dpt baca..
Banyak yang diperkatakan tentang kejayaan dan cara memilikinya, namun kita lupa tentang dasarnya atau natijahnya kenapa sesuatu kejayaan itu harus dicapai. Memandangkan zaman semakin maju, persaingan semakin sengit maka mengecapi kejayaan itu adalah sesuatu yang mutlak yang harus dan patut anda mencapainya. Malah kehidupan ini akan lebih indah dan manis jika turut disusuli dengan kejayaan demi kejayaan sebagai motivasi serta alasan untuk terus hidup.
 
1. Mesti Rasa Ingin Berjaya
Kejayaan akan mendatang jika anda menginginkannya terlalu sangat. Jika didorong oleh rasa yang kut untuk berjaya atau mencapai kejayaan diri,anda menjadi umpama magnet yang kuat yang akan menarik segala bentuk kejayaan atau jalannya ke arah anda. Percayalah jika kuat hasrat,keinginan serta kemahuan anda terhadap kejayaan maka akan datanglah segala bentuk bantuan, jalan, lorong atau peluang untuk anda seolah-olah semua itu mengerti akan kemahuan anda. Rasa ingin berjaya itu penting supaya minda bawah sedar anda faham dan jelas tentang apa yang anda mahukan. Tanamkan rasa yang betul-betul kuat seolah-olah anda sudah tidak punya pilihan lain selain daripada berjaya. Berikan alasan-alasan yang kukuh dan positif kepada diri anda tentang kenapa anda harus berjaya dan kenapa anda tidak boleh gagal. Seelok-eloknya jangan wujudkan istilah gagal ini di dalam hidup dan minda anda. Tidak salah jika anda ingin merasa taasub atau menjadi fanatik terhadap kejayaan itu. Percayalah tatkala anda mengumpul fokus dan perasaan itu, sebenarnya anda sedang menghantar polar-polar energi di dalam bentuk rantaian kelapangan ether. Tenaga-tenaga ini wujud di atas kepercayaan, keyakinan dan kesungguhan anda dan disokong oleh rasa, keinginan dan sebab yang kuat, maka wujudlah tenaga itu. Rantaian tenaga itu tidak akan putus selagi anda tidak berubah fikiran, rasa atau kepercayaan. Punca ramai orang tidak menemukan kejayaan adalah kerana hilang fokus di pertengahan jalan akibat bebal, putus asa, kecewa, marah, malas, tidak sabar dan lain-lain lagi. Sikap-sikap negatif inilah yang sebenarnya bergantung tentang apa yang anda rasa dan bukannya apa yang anda buat kerana jika difikirkan apa yang anda buat pun sebenarnya terbit dari apa yang anda rasa.

2. Selarikan Minda dan Rasa
Minda akan menerima isyarat rasa lalu menganalisis dan mengakses maklumat untuk diterjemahkan kepada perbuatan. Di sinilah selalunya pengaliran tenaga itu tidak lancar kerana minda tidak positif, tidak terbuka malah dibelenggu dengan kepercayaan karut yang telah anda programkan sebelum ini. Selariknminda dan rasa anda. Jika rasa untuk berjaya itu begitu kuat, maka minda juga harus menerima yang kejayaan itu begitu mudah untuk dicapai. Minda harus dihalakan ke arah yang sangat positif. Minda harus dibuka dengan luas tanpa sekatan. Ingat! Minda anda umpama payung terjun yang akan hanya berfungsi jika dibuka.
Ciri-ciri orang yang berjaya adalah di kalangan mereka yang mempunyai minda yang positif dan terbuka. Jika ditutup minda itu bererti anda menutup segala ruang peluang potensi diri malah rezeki kadangkala anda tidak menyangka hanya kerana anda mengambil sikap yang positif, ia telah menemukan anda dengan peluang dan orang yang anda cari-cari selama ini. Bersikap positif bererti berbaik sangka terhadap diri sendiri dan orang lain. Maka bersikap dan berfikiran positif mulai hari ini. Ia akan mengubah segalanya! Percayalah.

3. Jiwa dan Peribadi Mulia
Kayakan Jiwa dan Peribadi Mulia Hiasi diri dan peribadi anda dengan sifat-sifat yang positif dan terpuji. Sifat-sifat ini penting bagi membersihkan diri, jiwa dan minda. Inilah caranya yang paling efektif di dalam membentuk personaliti unggul kerana menyemai kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan kaya dengan peribadi mulia serta nilai-nilai murni. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen positif yang akan menjadi pemangkin kejayaan anda. Kayakan jiwa anda dengan mendidik diri anda ke arah cara hidup yang positif dan sihat kerana kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan lapang kerana jiwa anda tidak boleh diganggu keresahan, ketakutan, kebimbangan, dengki, khianat, curiga dan lain-lain lagi. Tenangkan jiwa dan menyusur memburu kejayaan. Pasti kejayaan milik anda.

4. Jangan Takutkan Kegagalan
Mungkin inilah juga punca utama kenapa seseorang itu tidak berjaya kerana terlalu takutkan kegagalan. Ini ditambah lagi dengan budaya masyarakat kita yang "takut apa orang kata". Maka kita tidak akan berani mencuba sesuatu kerana takut akan risikonya. Jika dikaji semula di sini, apakah risikony, sebenarnya tidak ada pun. Cuma kita "takut apa orang kata!" Kuatkan dalaman anda dan berpegang pada hakikat bahawa anda tidak boleh menggembirakan semua orang dan tidak boleh mengawal mulut orang.
Baik atau buruk yang anda lakukan, manusia akan terus bercakap. Anda harus fokus kepada diri anda sendiri dan tanyakan soalan; "Haruskah aku mendengar cakap orang lain atau diriku?" Ingat semua akan janji pada diri anda, wawasan dan matlamat anda. Usah pedulikan suara-suara sumbang itu. Lihat pada mereka dan berkatalah bahawa anda tidak akan jadi seperti mereka.

5. Anda Terlalu Istimewa
Perasaan ini penting untuk membuatkan diri anda mempunyai nilai yang tinggi dan hebat. Selalulah berkata-kata dan berdialog dengan diri anda seperti "I'm great" atau "I'm the best". Percayalah saranan-saranan begini, anda akan merangsang diri anda supaya lebih berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang tinggi. Untuk membina kekutan dalaman, anda harus menyayangi dan menyanjungi diri sewajarnya.
Jangan asyik memuji orang hinggakan terlupa diri sendiri. Itulah sebabnya anda tidak mencapai kejayaan kerana diri anda sendiri merajuk dan tidak pernah dirangsang. Insan-insan yang berjaya adalah di kalangan mereka yang menurut kata hati sendiri, tahu apa yang dikehendaki dan sentiasa merasakan dirinya terlalu istimewa dan berharga.
 

Rahsia Tahi Lala
Monday 9 January 2012 @ 18:35 | 2 lover[s] ♥

1. Tahi Lalat di kepala
  • Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala
  • Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
  • Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
  • Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
  • Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata
  • Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
  • Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
  • Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
  • Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
  • Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga
  • Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk
  • Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
  • Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
  • Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
  • Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
  • Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah payudara
  • Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.
19. Tahi lalat di atas pusat
  • Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
  • Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
  • Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
22. Tahi lalat di Kemaluan
  • Tahi lalat di kemaluan Wanita :
Jika jenisnya tahi lalat ‘jantan’ terletak dikemaluan wanita menjadikan sex wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan . Isteri sukar mencapai kepuasan (klimaks) dalam hubungan kelamin.
Antara masalah lain wanita yang mempunyai tahi lalat di kemaluan juga mudah mengalami masalah keputihan dan mudah dihinggapi penyakit radang kemaluan.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘betina’ berada dikemaluan wanita, menjadikan wanita itu seorang yang suka dan kuat berjimak tetapi sukar dan lambat mencapai tahap kepuasan (orgasma). Dalam hubungan ini sering menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam hati si isteri dan memberontak dalam diam, adakala boleh mengundang pergaduhan suami-isteri. Bagi menanganinya suami harus memberikan khidmat dan layanan yang kerap sehingga isteri benar-benar mencapai kepuasan maksimum, memahami kehendak isteri. Sekiranya suami kurang bertenaga untuk memberi layanan harian kepada isteri, jalan keluar adalah mencari penawar untuk isteri agar selera nafsunya berkurangan. Dengan cara ini kedua pasangan mendapat keseimbangan dan kesepakatan diranjang dan bahagia melayari bahtera cinta.
  • Tahi lalat di kemaluan Lelaki
Jika jenisnya tahi lalat ‘betina’ yang menduduki di zakar lelaki, maka ia menjadikan sex lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami-isteri. Ditakuti lelaki lebih tertarik pada kaum sejenisnya, kemahuan dan tenaga syahwatnya lebih terdorong kepada kaum sejenisnya. Ditakuti juga boleh mendatangkan kemandulan atau kurang air mani nya.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘jantan’ menduduki dikemaluan lelaki, menjadikan lelaki itu seorang yang kuat berjimak dan sentiasa ingin mencari kepuasan bersenggama. Adakah isteri mampu menuruti kehendak suami setiap masa dan keadaan? Sekiranya isteri gagal memenuhi kehendak suami, dan sekiranya suami hilang kesabaran dan kurang pula ketakwaannya terhadap Ilahi, kurang didikan agama dan akhlak ini boleh mendorong suami melampiaskan nafsunya di luar batas agama, mengundang dosa dan kemungkinan mendapat penyakit kelamin.
23. Tahi lalat di betis
  • Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
24. Tahi lalat di kaki
  • Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
25. Tahi lalat di tangan kiri
  • Dipermudah rezekinya.
26. Tahi lalat di tangan kanan
  • Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
27. Tahi lalat di pinggang
  • Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
  • Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
29. Tahi lalat atas bibir, di bibir
  • Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.

Older Post | Newer Post


copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory



Assalamualaikum ! Speaking here is Nabila . Do follow and leave your footprint on my tagboard. Be nice there =)



Add me at Facebook