a years
Friday, 27 January 2012 @ 04:28 | 4 lover[s] ♥ kawan aku ni anak lelaki tunggal dalam keluarga. sangat bijak dan manja dengan family lebih2 lagi dengan emaknya. nak kereta ayah belikan nak duit ayah sponsorkan. die jenis suke lepak kat ghumah jarang lepak dengan kawan2 memang good boylah orang kata. pada suatu hari die dapat sambung study kat UK. 3 bulan pertama still contact mak ayahnya maklumlah masih rindukan suasana *home sweet home* cheaaa nak dekat setahun dah jarang contact family maybe bizi study lagipun kos sara hidup kat sana kan tinggi kenalah berjimat cermat kot. tu sangkaan familynya jelah. padahal si anak dah enjoy dengan suasana negara omputeh yg penting dah pandai bermakwe-makwe dah sekarang sampai lupa asal-usul huh. family dah makin susah nak contact die nombor telefon kerap bertukar ym facebook semua dah macam eh hidup ke tak lagi akaun ni? setahun selepas tu EMAKNYA SAKIT benda ni tak tahu nak dikhabarkan melalui ape sampailah emaknya meninggal dunia T____T masih tak tahu nak contact camane. hurm. si ayah dah mula anggap anaknya tu anak derhaka. sebulan lepas tu kawan aku ni call family dia maybe terdetik nak tanye khabar kot. bila ayahnya bagitahu *EMAK DAH TAKDE* terus dia baling telefon tak percaya. sedih kan. akibat dari itu kawan aku ni BERHENTI STUDY sampai sekarang kalau ingat je pasal benda ni dia akan menangis macam orang gila. dan yg paling kesian dia hampir TAK WARAS sekarang suka cakap sorang2. Ya Allah kau ampunilah segala salah silap beliau =( TRAGIS KAN? tak dapat mintak ampun dari emak tak sempat kucup dahi emak disaat2 terakhir beliau ada kat dunia ni. aku berharap sangat readers belog ni ambil ikhtibar ape yg berlaku ke atas kawan aku tu janganlah korang berperangai camni. ibarat dah takde guna nak menyesal. kalau korang tinggal berjauhan dengan family selalulah contact diorang lebih2 lagi yg ada pakwe-makwe tu kan. ramai yg lupakan ibu bapa akibat dari kekasih. ini fakta.BERAPA KALI KITA CALL IBU BAPA KITA BERBANDING KITA CALL KEKASIH? BERAPA KALI KITA UCAP SAYANG PADA IBU BAPA BERBANDING KEKASIH? so selalulah ingat dan mohon maaf dari diorang sebab kita tak tahu bila mereka akan meninggalkan kita kan? ingatlah setitik air mata ibu bapa, selangkah kaki kita ke neraka. Tuesday, 10 January 2012 @ 20:02 | 0 lover[s] ♥ ok ramai yang pening tanya pasal cane nak isi borang UPU so skarang ni aku bg panduan sikit cane nak isi.. first bukak laman web ni.. klik je then korang akan jumpe ni.. klik yang warna biru.. pastu akan kluar camni.. pilih Lepasan SPM/Setaraf klik 'Masuk' pastu kluar camni kat bahagian atas page.. klik 'Permohonan' ok pastu akan kluar camni jangan pening lagi.. isi je ape yang die nak.. pilih KATEGORI A tau! dah siap.. klik 'Seterusnya' anda akan jumpa.. jangan panik! isi je yang diminta yang bertanda (*) adalah wajib untuk diisi.. dan setiap bahagian.. setelah selesai isi jangan lupe untuk klik 'Simpan' last skali setelah anda klik 'Simpan' yang terakhir.. akan keluar arahan camni.. dan juga.. ok sekiranya tiada pembetulan maklumat.. scroll ke bawah then anda akan jumpa.. tandakan pada bahagian pengakuan.. then klik 'Sah & Hantar' maka akan keluarlah Slip Pengesahan TAMAT anda telah berjaya mengisi borang UPU untuk Fasa 2!! -SEMOGA MEMBANTU- @ 01:36 | 0 lover[s] ♥ ![]() Dalam kita berusaha utk keluar dpd masalah kewangan kita, kita perlu juga tahu rahsia kepada kejayaan. Harap dpt baca.. Banyak yang diperkatakan tentang kejayaan dan cara memilikinya, namun kita lupa tentang dasarnya atau natijahnya kenapa sesuatu kejayaan itu harus dicapai. Memandangkan zaman semakin maju, persaingan semakin sengit maka mengecapi kejayaan itu adalah sesuatu yang mutlak yang harus dan patut anda mencapainya. Malah kehidupan ini akan lebih indah dan manis jika turut disusuli dengan kejayaan demi kejayaan sebagai motivasi serta alasan untuk terus hidup. 1. Mesti Rasa Ingin Berjaya Kejayaan akan mendatang jika anda menginginkannya terlalu sangat. Jika didorong oleh rasa yang kut untuk berjaya atau mencapai kejayaan diri,anda menjadi umpama magnet yang kuat yang akan menarik segala bentuk kejayaan atau jalannya ke arah anda. Percayalah jika kuat hasrat,keinginan serta kemahuan anda terhadap kejayaan maka akan datanglah segala bentuk bantuan, jalan, lorong atau peluang untuk anda seolah-olah semua itu mengerti akan kemahuan anda. Rasa ingin berjaya itu penting supaya minda bawah sedar anda faham dan jelas tentang apa yang anda mahukan. Tanamkan rasa yang betul-betul kuat seolah-olah anda sudah tidak punya pilihan lain selain daripada berjaya. Berikan alasan-alasan yang kukuh dan positif kepada diri anda tentang kenapa anda harus berjaya dan kenapa anda tidak boleh gagal. Seelok-eloknya jangan wujudkan istilah gagal ini di dalam hidup dan minda anda. Tidak salah jika anda ingin merasa taasub atau menjadi fanatik terhadap kejayaan itu. Percayalah tatkala anda mengumpul fokus dan perasaan itu, sebenarnya anda sedang menghantar polar-polar energi di dalam bentuk rantaian kelapangan ether. Tenaga-tenaga ini wujud di atas kepercayaan, keyakinan dan kesungguhan anda dan disokong oleh rasa, keinginan dan sebab yang kuat, maka wujudlah tenaga itu. Rantaian tenaga itu tidak akan putus selagi anda tidak berubah fikiran, rasa atau kepercayaan. Punca ramai orang tidak menemukan kejayaan adalah kerana hilang fokus di pertengahan jalan akibat bebal, putus asa, kecewa, marah, malas, tidak sabar dan lain-lain lagi. Sikap-sikap negatif inilah yang sebenarnya bergantung tentang apa yang anda rasa dan bukannya apa yang anda buat kerana jika difikirkan apa yang anda buat pun sebenarnya terbit dari apa yang anda rasa. 2. Selarikan Minda dan Rasa Minda akan menerima isyarat rasa lalu menganalisis dan mengakses maklumat untuk diterjemahkan kepada perbuatan. Di sinilah selalunya pengaliran tenaga itu tidak lancar kerana minda tidak positif, tidak terbuka malah dibelenggu dengan kepercayaan karut yang telah anda programkan sebelum ini. Selariknminda dan rasa anda. Jika rasa untuk berjaya itu begitu kuat, maka minda juga harus menerima yang kejayaan itu begitu mudah untuk dicapai. Minda harus dihalakan ke arah yang sangat positif. Minda harus dibuka dengan luas tanpa sekatan. Ingat! Minda anda umpama payung terjun yang akan hanya berfungsi jika dibuka. Ciri-ciri orang yang berjaya adalah di kalangan mereka yang mempunyai minda yang positif dan terbuka. Jika ditutup minda itu bererti anda menutup segala ruang peluang potensi diri malah rezeki kadangkala anda tidak menyangka hanya kerana anda mengambil sikap yang positif, ia telah menemukan anda dengan peluang dan orang yang anda cari-cari selama ini. Bersikap positif bererti berbaik sangka terhadap diri sendiri dan orang lain. Maka bersikap dan berfikiran positif mulai hari ini. Ia akan mengubah segalanya! Percayalah. 3. Jiwa dan Peribadi Mulia Kayakan Jiwa dan Peribadi Mulia Hiasi diri dan peribadi anda dengan sifat-sifat yang positif dan terpuji. Sifat-sifat ini penting bagi membersihkan diri, jiwa dan minda. Inilah caranya yang paling efektif di dalam membentuk personaliti unggul kerana menyemai kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan kaya dengan peribadi mulia serta nilai-nilai murni. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen positif yang akan menjadi pemangkin kejayaan anda. Kayakan jiwa anda dengan mendidik diri anda ke arah cara hidup yang positif dan sihat kerana kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan lapang kerana jiwa anda tidak boleh diganggu keresahan, ketakutan, kebimbangan, dengki, khianat, curiga dan lain-lain lagi. Tenangkan jiwa dan menyusur memburu kejayaan. Pasti kejayaan milik anda. 4. Jangan Takutkan Kegagalan Mungkin inilah juga punca utama kenapa seseorang itu tidak berjaya kerana terlalu takutkan kegagalan. Ini ditambah lagi dengan budaya masyarakat kita yang "takut apa orang kata". Maka kita tidak akan berani mencuba sesuatu kerana takut akan risikonya. Jika dikaji semula di sini, apakah risikony, sebenarnya tidak ada pun. Cuma kita "takut apa orang kata!" Kuatkan dalaman anda dan berpegang pada hakikat bahawa anda tidak boleh menggembirakan semua orang dan tidak boleh mengawal mulut orang. Baik atau buruk yang anda lakukan, manusia akan terus bercakap. Anda harus fokus kepada diri anda sendiri dan tanyakan soalan; "Haruskah aku mendengar cakap orang lain atau diriku?" Ingat semua akan janji pada diri anda, wawasan dan matlamat anda. Usah pedulikan suara-suara sumbang itu. Lihat pada mereka dan berkatalah bahawa anda tidak akan jadi seperti mereka. 5. Anda Terlalu Istimewa Perasaan ini penting untuk membuatkan diri anda mempunyai nilai yang tinggi dan hebat. Selalulah berkata-kata dan berdialog dengan diri anda seperti "I'm great" atau "I'm the best". Percayalah saranan-saranan begini, anda akan merangsang diri anda supaya lebih berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang tinggi. Untuk membina kekutan dalaman, anda harus menyayangi dan menyanjungi diri sewajarnya. Jangan asyik memuji orang hinggakan terlupa diri sendiri. Itulah sebabnya anda tidak mencapai kejayaan kerana diri anda sendiri merajuk dan tidak pernah dirangsang. Insan-insan yang berjaya adalah di kalangan mereka yang menurut kata hati sendiri, tahu apa yang dikehendaki dan sentiasa merasakan dirinya terlalu istimewa dan berharga. Monday, 9 January 2012 @ 18:35 | 2 lover[s] ♥ 1. Tahi Lalat di kepala
2. Tahi lalat di ubun kepala
Jika jenisnya tahi lalat ‘jantan’ terletak dikemaluan wanita menjadikan sex wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan . Isteri sukar mencapai kepuasan (klimaks) dalam hubungan kelamin.
Jika jenisnya tahi lalat ‘betina’ yang menduduki di zakar lelaki, maka ia menjadikan sex lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami-isteri. Ditakuti lelaki lebih tertarik pada kaum sejenisnya, kemahuan dan tenaga syahwatnya lebih terdorong kepada kaum sejenisnya. Ditakuti juga boleh mendatangkan kemandulan atau kurang air mani nya.23. Tahi lalat di betis
|
![]() ![]() ![]() ![]() |