i love my life
~HARGAI IBU BAPA selagi mereka masih ada~
Friday 27 January 2012 @ 04:28 | 4 lover[s] ♥

 
  mari sini aku nak dengarkan korang satu cerita. pasal budak kampung aku nak cakap kenal sangat tu taklah tapi kenallah jugak *pahamketakniwoi*

kawan aku ni anak lelaki tunggal dalam keluarga. sangat bijak dan manja dengan family lebih2 lagi dengan emaknya. nak kereta ayah belikan nak duit ayah sponsorkan. die jenis suke lepak kat ghumah jarang lepak dengan kawan2 memang good boylah orang kata. pada suatu hari die dapat sambung study kat UK. 3 bulan pertama still contact mak ayahnya maklumlah masih rindukan suasana *home sweet home* cheaaa nak dekat setahun dah jarang contact family maybe bizi study lagipun kos sara hidup kat sana kan tinggi kenalah berjimat cermat kot. tu sangkaan familynya jelah. padahal si anak dah enjoy dengan suasana negara omputeh yg penting dah pandai bermakwe-makwe dah sekarang sampai lupa asal-usul huh. family dah makin susah nak contact die nombor telefon kerap bertukar ym facebook semua dah macam eh hidup ke tak lagi akaun ni?

setahun selepas tu EMAKNYA SAKIT benda ni tak tahu nak dikhabarkan melalui ape sampailah emaknya meninggal dunia T____T masih tak tahu nak contact camane. hurm. si ayah dah mula anggap anaknya tu anak derhaka. sebulan lepas tu kawan aku ni call family dia maybe terdetik nak tanye khabar kot. bila ayahnya bagitahu *EMAK DAH TAKDE* terus dia baling telefon tak percaya. sedih kan. akibat dari itu kawan aku ni BERHENTI STUDY sampai sekarang kalau ingat je pasal benda ni dia akan menangis macam orang gila. dan yg paling kesian dia hampir TAK WARAS sekarang suka cakap sorang2. Ya Allah kau ampunilah segala salah silap beliau =(

TRAGIS KAN? tak dapat mintak ampun dari emak tak sempat kucup dahi emak disaat2 terakhir beliau ada kat dunia ni. aku berharap sangat readers belog ni ambil ikhtibar ape yg berlaku ke atas kawan aku tu janganlah korang berperangai camni. ibarat dah takde guna nak menyesal. kalau korang tinggal berjauhan dengan family selalulah contact diorang lebih2 lagi yg ada pakwe-makwe tu kan. ramai yg lupakan ibu bapa akibat dari kekasih. ini fakta.BERAPA KALI KITA CALL IBU BAPA KITA BERBANDING KITA CALL KEKASIH? BERAPA KALI KITA UCAP SAYANG PADA IBU BAPA BERBANDING KEKASIH? so selalulah ingat dan mohon maaf dari diorang sebab kita tak tahu bila mereka akan meninggalkan kita kan?

ingatlah setitik air mata ibu bapa, selangkah kaki kita ke neraka.
 
 
 

Older Post | Newer Post


copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory



Assalamualaikum ! Speaking here is Nabila . Do follow and leave your footprint on my tagboard. Be nice there =)



Add me at Facebook